September lalu muncul ura-ura Qualcomm berminat untuk mengambil alih Intel. Ini adalah kerana Qualcomm ingin menjadi kuasa dalam penghasilan cip untuk PC dan situasi Intel yang menghadapi kerugian kerana kegagalan beberapa produk. Hari ini Bloomberg melaporkan Qualcomm tidak lagi begitu berminat untuk membeli Intel.
Ini disebabkan oleh kesukaran yang dihadapi sekiranya pembelian dilalukan. Qualcomm perlu menjalani beberapa proses siasatan anti monopoli yang akan memakan masa. Oleh sebab itu Qualcomm kini mungkin hanya akan membeli perniagaan rekaan Intel sahaja.
Tahun ini cip Snapdragon X dilancarkan untuk Windows menggunakan senibina Arm. Ini ialah percubaan Qualcomm untuk memasuki arena PC secara lebih serius bagi memberikan persaingan kepada Apple yang juga menghasilkan komputer berasaskan Arm.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.