Pelancaran di China turut menyaksikan kemunculan tablet generasi baharu Oppo Pad 3. Tarikan utama pada tablet ini adalah perkakasan dan perisian terkini untuk pengalaman penggunaan lebih baik. Selain didatangkan dengan rekaan yang teliti dan nipis bagi memudahkan pengguna membawanya ke mana sahaja.
Menyentuh aspek spesifikasi, Oppo Pad 3 menggunakan skrin IPS LCD (2800*2000 piksel) sebenar 11.61-inci dengan kadar segar semula 144Hz. Ini dipadankan dengan cip Mediatek Dimensity 8350, memori sehingga 12GB RAM dan storan 512GB. Terdapat kamera belakang dan hadapan dengan resolusi 8MP serta aperatur f/1.85. Oppo melengkapkan lagi tablet ini dengan bateri 9,520mAh, pengecasan pantas 67W, empat pembesar suara dan menjalankan ColorOS 15 (Android 15). Harga jualan Oppo Pad 3 bermula CNY 2,099 (~RM1,291) dan CNY 3,099 (~RM1,906).
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.