Unik & Gaya Tersendiri, Estetika Dekorasi Kediaman Milik Cik Manggis De Fam

Cukup estetik, unik dan tersendiri, apabila melihat dekorasi kediaman milik salah seorang ahli kumpulan De Fam, iaitu Cik Manggis yang terletak di Sungai Buloh. Kediaman jenis banglo didirikan di atas tanah lot dihuni bersama suami tersayang, Syazmin Firdaus.

Cik Manggis rajin berkongsi beberapa ruang dekorasi indah di kediamannya. Istimewanya, tidak hanya tertumpu kepada satu gaya, penataan gaya dekorasi rumah Cik Manggis lebih berkonsep eklektik. Pelbagai gaya diterapkan dengan cara tersendiri namun, masih mengekalkan aspek minimalis.

 

Dapur Elegan Estetika Jepun

Paling menarik perhatian pastinya pada ruang dapur yang elegan, menerapkan estetika Jepun. Ubahsuai dan transformasi yang dilakukan persis foto dekorasi di dalam laman sosial Pinterest.

Menurut Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin,35 beliau menerapkan konsep ‘Japanese Coastal Aesthetic ‘bagi mencipta kelainan di ruang dapur.

“Been dreaming to have a ‘Pinterest-Worthy’ kitchen for years and here we are… An Aesthetic Japanese Pinterest-Worthy kitchen, everyone… 🤩🤎

“Adding our character & personality with a combination of cement, reclaimed woods & terracotta. To enhance the concept, we flew these 2 drop dead gorgeous pendant lights all the way from New York! 😍 New kitchen vibe checked!,” ujar Cik Manggis.

Selain itu, rekaan dapur ala industri juga diterapkan pada ruang ini dengan gandingan simen, kayu bagi menepati konsep dan ‘vibes’ yang diimpikan.

“Saya dan suami amat meminati rekaan dapur ala industri yang tampak tersusun. Berikutan itu, kami memilih kombinasi simen dan kayu kekemasan minimalis bagi mendapatkan vibes diingini.

“Dari segi pemilihan kayu, kami tidak memilih kualiti cantik dan baharu. Sebaliknya, meminta khidmat pereka hiasan dalaman menerapkan kelengkapan berasaskan kayu yang tidak sempurna supaya bersesuaian dengan elemen industri,” katanya.

Lantai Terracotta Suntik Mood Segar

Selain kabinet dapur, kemasan lantai juga diberi perhatian penting agar dapat menyuntik ruang supaya tampak lebih segar dan unik. Cik Manggis memilih kemasan lantai jenis material terracotta bagi menghiasi lantai dapur.

“Lazimnya, jubin jenis terracotta diletakkan di luar, tetapi tak sangka apabila diaplikasi di dalam rumah khususnya bahagian dapur elemen tersebut membantu menyuntik mood segar dan unik,” ujarnya yang juga menempah khas perabot dan membeli secara dalam talian dari luar negara antaranya New York, Amerika Syarikat.

Nilai Sentimental Fabrik Bangku Bar

Bukan itu sahaja, 3 buah bangku bar konsep tradisional yang diletakkan di kaunter Pulau konkrit pula mempunyai nilai sentimental yang tersendiri. Fabrik yang membaluti permukaan tempat duduk bangku bar itu menggunakan kain batik dan kain pelikat milik arwah ibu dan ayah mertua Manggis.

Our most favorite (sentimental) furniture; Custom Steel Bar stool — Covered with @syazminfirdaus’ Late Parents Kain Batik & Pelikat.

We took out 3 of arwah Mak & Abah’s favorite kain from our storage, making it as stool covers so we could always feel like sitting on their lap. 😊 Apapun yang paling epik, the CIGARETTE BURNS HOLE on Abah’s! We miss you Mak Abah. We’ll see you soon… 🌹

Jelas Cik Manggis secara tidak langsung, dapat mengembalikan memori malar segar dan seolah-olah mertua sentiasa bersama di dapur.

Sehinggakan, kain pelikat ayah berlubang akibat cucuh rokok pun jelas kelihatan di permukaan tempat duduk kerusi bar. Sayang pula nak buang kesan tersebut,” katanya.

Mengintai pemilihan jendela di bahagian sinki pula tanpa tinted dan tidak ‘terperangkap’ di dalam jeriji besi supaya boleh dibuka luas itu bertujuan mendapatkan pengaliran udara dan pencahayaan lebih baik.

My favorite view. ✨
Astounding custom solid wood awning window that brings lots of natural light into the heart of our home for a warm, inviting space.

Bina ‘Wavebank’ Sendiri Di Rumah

Istimewanya minat mendalam pasangan suami isteri ini dalam sukan skateboarding, 2 buah bilik dipecahkan bagi membina ‘wavebank’ sendiri di rumah. Sekaligus, dapat mengisi masa terluang dengan bermain papan luncur ini bersama.

We built a wavebank at home and we don’t regret! 💯 What donyou think??

Konsep Bilik Air Melengkapi Gaya

Bukan itu sahaja, rekaan unik dan dekorasi indah di bilik air juga mencuri tumpuan. Kamar mandi menggunakan kombinasi kemasan terracotta, marmar dan kayu solid dengan tona bumi sekaligus berpadanan dengan konsep kediaman secara keseluruhannya. Begitu juga dengan aksesori dan perkakasan bilik air rona hitam melengkapi bilik air yang menjadi impian Cik Manggis.

“Bathroom redesign by @provoguedesign with a combination of terra cotta, sandblasted marble, solid reclaimed wood and a warm, earthy tone matching the rest of the house. Completed the entire look with serge mouille pendant lamp from @franceandson, sleek wall-mounted matte black mixer taps, gunmetal shower and another item checked off our bucket list; cocoon stone bath from @lussostone! what a dream… brb crying. 🥹

IMPIANA: Memang cantik dan indah dekorasi kediaman Cik Manggis ini. Unik, minimalis dan mempunyai ciri yang tersendiri. Semoga menjadi panduan buat pencinta dekorasi yang lain.

 

Mesti Baca:Fasa Baru Kehidupan UYAINA ARSHAD, Progress Renovasi Siapkan Rumah Impian
Baca Lagi Di Sini:Impian Jadi Kenyataan, DAIYAN TRISHA ‘Jatuh Cinta’ Dengan Rumah Sendiri 
Artikel Menarik: Casa NH Kediaman Baru Neelofa & Haris, Syukur Lalui Proses Bina Rumah Bersama

Sumber: Sinar Plus, IG Cik Manggis


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply