Jenis-jenis Masker Wajah dan Fungsinya, Jangan Salah Pakai Kalau Nak Berkesan

Sebelum beli ketahui dulu jenis-jenis masker yang dijual di pasar raya, pastikan sesuai dipakai ikut masalah kulit.

Jenis-jenis Masker Wajah

Maksudnya kalau kusam, cari masker yang sesuai dan kalau kulit terlalu berminyak pun boleh pakai. Yang penting anda tahu fungsinya. Jom semak menerusi perkongsian Ruma MrsNisa ini dan hadam.

CREAM MASK

1. Sesuai untuk kulit normal hingga kering.
2. Fungsi untuk melembabkan kulit dari dehidrasi.
3. Disarankan penggunaan untuk 1 minggu sekali.

CLAY MASK

1. Sesuai untuk kulit berminyak, berjerawat dan kombinasi.
2. Fungsi untuk merawat dan menghilangkan jerawat, membersihkan pori’ tersumbat, menyerap lebihan minyak pada kulit.
3. Disarankan penggunaan 2-3 Kali seminggu.

CHARCOAL MASK

1. Sesuai untuk kulit berjerawat dan berminyak.
2. Fungsi deep cleansing, merawat dan membersihkan liang pori tersumbat, merawat masalah jerawat, bintik hitam dan putih pada kulit.
3. Sesuai untuk kegunaan 2X dalam seminggu.

SHEET MASK

1. Sheet mask sesuai untuk semua jenis kulit.
2. Fungsinya untuk melembabkan kulit dari dehidrasi.
3. Boleh digunakan setiap hari.

BUBBLE MASK

1. Sesuai untuk semua jenis kulit.
2. Fungsi untuk menghidrat, membori oksigen pada kulit dan menenangkan kulit.
3. Kegunaan seminggu 3X.

ENZYME MASK

1. Sesuai untuk semua jenis kulit.
2. Fungsi sebagai gentle exfoliate, menanggalkan 3. sel mati dan mencerahkan kulit.
4. Kegunaan seminggu 2-3 kali.

GEL MASK

1. Sesuai untuk semua jenis kulit.
2. Fungsi untuk kulit sensitit, menyejukkan dan menenangkan kulit.
3. Boleh digunakan setiap hari.

EXFOLIATING MASK

1. Sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit
sensitif.
2. Untuk menanggalkan sel mati, deep cleansing dan melicinkan kulit.
3. Kegunaan 2 kali seminggu.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply