IMAX adalah antara syarikat ternama yang kini mula mengintegrasikan penggunaan kecerdasan buatan generatif. IMAX secara khususnya memilih AI untuk penterjemahan kandungan asli mereka agar ia boleh ditonton dan dicapai ke lebih ramai orang.
Perkara ini dimulakan selepas IMAX menyedari penerimaan kandungan berbahasa asing mula menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi di negara Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan UK. Kandungan berbahasa asing kini mempunyai peningkatan tahunan mencapai hampir 4% dengan sasaran kutipan boleh mencapai $3.4 trilion dalam masa 5 tahun.
IMAX bekerjasama dengan syarikat AI dari Dubai iaitu Camb.ai. Syarikat ini pakar dalam penterjemahan menggunakan AI dan telah dibuktikan melalui Australian Open, Eurovision Sport dan Major League Soccer. Kesemua acara ini menggunakan model bahasa raya Boli untuk menjana transkrip dari audio dan model Mars untuk menjana audio yang diterjemah. DubStudio adalah platform penterjemahan mereka dengan sokongan 140 bahasa berbeza.
Salah seorang pengasas bersama dan juga jurutera AI Camb.ai adalah Akshat Prakash yang sebelum ini bekerja di Apple bagi membangunkan model bahasa raya untuk Siri. IMAX akan menterjemah majoriti kandungan asli mereka termasuk dokumentari secara berperingkat.
Buat masa ini masih tidak pasti adalah kandungan asli IMAX yang akan diterjemah ini termasuk dengan filem-filem Hollywood, atau hanya kandungan asli mereka seperti dokumentari di pawagam terpilih sahaja.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.