Siri ASUS ROG Phone 9 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Tiga model telah pun dilancarkan dan masing-masing dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite. ROG turut kekal menawarkan akses kepada Armoury Crate dengan kemampuan melewahjam CPU dan GPU peranti. Terbaru, kewujudan ROG Phone 9 FE ditemui sekali lagi.
Sebelum ini, peranti ini ditemui berada dalam pangkalan data GSMA. Terbaru, peranti ini dilihat telah diiktiraf oleh WiFi Alliances. ROG Phone 9 FE dilihat akan dilengkapi ciri sambungan dan rangkaian mirip peranti mercu. Peranti juga dipercayai mungkin akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 3 yang masih lagi merupakan antara cip berkuasa di pasaran. Buat masa ini, butiran peranti ini masih menjadi misteri. Adalah ia akan menggantikan siri ROG D? Khabarnya ia akan dijual pada harga mampu milik. Sama-sama kita nantikan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.