Mercedes Mencipta Sistem Brek EV Yang Terbina Terus Pada Motor Elektrik

Kereta elektrik (EV) menggunakan sistem brek generatif membuatkan sistem brek fizikal dengan pad serta cakera tidak begitu digunakan. Ia hanya diperlukan dalam situasi kenderaan memang perlu dihentikan secara serta merta. Ini membuatkan komponen brek pada keempat-empat tayar sekadar menambah berat dan ruang. Oleh itu pereka di Mercedes-Benz telah mencipta sistem brek baharu khusus untuk EV.

Sistem In-Drive Brake yang dibangunkan ini meletakkan satu cakera brek dengan pad terus pada sistem pemandu dan motor kenderaan. Sekeping cakera bulat dengan pad brek diletakkan di dalam sebuah cangkerang tertutup yang disejukkan menggunakan air. Cakera ini akan berputar bersama dengan motor elektrik. Apabila kenderaan perlu dihentikan dengan segera, cakera ini akan ditekan pada sekeping plat logam.

In-Drive Brake tidak memerlukan angkup serta sistem hidraulik yang kompleks. Serbuk brek yang terhasil pula tidak akan disebarkan ke udara kerana ianya tertutup. Menurut Mercedes-Benz sistem ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan digunakan dan juga tidak akan mencemarkan udara.

Kelebihannya ialah sistem brek tidak lagi perlu diletakkan pada keempat-empat tayar kenderaan serta bunyi brek dapat dikurangkan. Kenderaan yang dihasilkan akan menjadi lebih ringan dan tayar dengan profil lebih aerodinamik boleh digunakan bagi meningkatkan kecekapan penggunaan bateri EV.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply