‘Saya beraksi selama 60 minit dengan patah buku lali’

Tottenham Hotspur mengesahkan penjaga gawang utama mereka, Guglielmo Vicario, terpaksa berehat selepas mengalami kecederaan patah buku lali 

Pemain berusia 28 tahun itu bertindak cemerlang ketika membantu pasukannya membenam Manchester City 4-0 di Stadium Etihad, kelmarin, dengan dia memerlukan rawatan dalam separuh masa pertama selepas bertembung dengan Savinho.

“Kadangkala bola sepak memberikan anda berada di tahap yang tinggi dan kadangkala ia mencabar anda dengan cara yang anda tidak pernah jangkakan.

 

“Saya bermain selama 60 minit di Etihad dengan keadaan patah tulang di buku lali serta memberikan segala yang saya ada untuk pasukan. Malangnya, tiada cara untuk mengatasi masalah ini.

“Saya memerlukan pembedahan, saya kecewa tidak dapat membantu pasukan buat sementara waktu,” katanya dalam laman media sosial miliknya.

 

Dalam pada itu, Tottenham tidak meletakkan skala tempoh masa untuk pemulihan Vicario dengan dalam satu kenyataan menjelaskan: “Kami mengesahkan bahawa Vicario telah menjalani pembedahan patah buku lali kanannya.” tambahnya lagi.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply