Carragher pertikai tindakan Salah

Salah. Foto AFP

BEKAS pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher mengkritik Mohamed Salah susulan komen mengenai masa depannya selepas Liverpool menang 3-2 ke atas Southampton pada Ahad.

Selepas perlawanan, Salah bercakap kepada pemberita dan menyatakan bahawa kelab itu masih belum memulakan perbincangan dengannya mengenai kontrak baru.

Dia juga menyatakan bahawa berkemungkinan besar untuk meninggalkan kelab itu daripada terus kekal dengan kontraknya akan tamat pada musim panas.

Carragher menyifatkan Salah mementingkan diri sendiri dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian yang secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada pasukan.

“Sudah tentu ada perbincangan. Sekarang ini, jelas terdapat perbezaan besar dalam penilaian. Apa yang Salah dan ejennya mahukan, sama ada dari segi kewangan atau dari segi tempoh kontrak serta apa yang sedang diusahakan oleh Liverpool.

“Sebab mengapa Liverpool tidak akan menawarkan kontrak lagi adalah kerana Salah akan menolaknya. Jadi mereka masih dalam perbincangan.

“Tetapi, saya sangat kecewa dengan Salah. Liverpool akan menghadapi Real Madrid pada pertengahan minggu dan Manchester City pada hujung minggu. Itulah cerita untuk Liverpool sekarang.

“Jika dia terus mengeluarkan komen atau ejennya buat perkara sama, itu mementingkan diri sendiri dan bukan mengenai kelab,” katanya.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply