Oppo Reno13 dan Reno13 Pro telah dilancarkan di China baru-baru ini. Ia adalah peranti kelas pertengahan premium baharu Oppo sebagai alternatif kepada siri Oppo Find X8. Kedua-dua peranti adalah pertama di dunia dengan cip Dimensity 8350 yang turut dipadankan dengan cip Oppo X1.
Oppo Reno13 hadir dengan skrin 6.59-inci AMOLED FHD+ 120Hz, sementara Reno13 Pro pula dengan 6.83-inci dengan ciri yang sama. Untuk konfigurasi kamera, Reno13 hadir dengan sensor 50+8 Megapixel, sementara Reno13 Pro dengan 50+8+50 Megapixel. Kedua-dua mempunyai kamera swafoto 50MP yang sama.
Rekaan peranti dilihat adalah seakan iPhone tetapi dengan bonggol kamera lebih memanjang. Salah satu pilihan warna iaitu ungu ada corak unik dengan pilihan warna lain lebih kepada warna pejal yang lembut. Oppo Reno13 dan Oppo Reno13 Pro turut mempunyai pengiktirafan perlindungan air dan debu IP69. Untuk cip tambahan Oppo X1, ia dikatakan adalah cip khas untuk membantu sambungan nirwayar seperti WiFi, NFC, Bluetooth dan lain-lain.
Reno13 dilengkapi dengan bateri 5,600mAh sementara Reno13 Pro dengan 5,800mAh. Kedua-dua menyokong pengecasan pantas berwayar SuperVOOC 80W dan pengecasan nirwayar pantas AirVOOC 50W. Sistem operasi pula adalah ColorOS 15 berasaskan Android 15 lengkap dengan ciri AI generatif AndesGPT.
Buat masa ini, kedua-dua peranti hanya dilancarkan di China. Reno13 dijual pada harga bermula RMB 2,699 (~RM1,661) untuk variasi 12/256 GB dan boleh mencapai sehingga RMB 3,799 (~RM2,339) untuk 16/1000 GB. Reno13 Pro pula dijual pada harga bermula RMB 3,399 (~RM2,092) untuk variasi 12/256 GB dan mencapai sehingga RMB 4,499 (~RM2,770) untuk 16/1000 GB.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.