Tecno Malaysia melancarkan sebuah lagi telefon pintar terbaharu Spark Go 1s pada harga RM299 sebuah. Ia merupakan peranti kelas asas yang dijana dengan cip mediatek Helio G50. Diikuti dengan gabungan memori 3GB RAM dan storan dalaman 64GB. Ia juga dilengkapi skrin LCD 6.67″ dengan kadar segar semula 90Hz. Selain itu mempunyai kamera utama 13MP bersama swafoto sebesar 8MP.
Bateri 5000mAh turut dibekalkan yang boleh dicas melalui pengecasan 10W dan port USB-C. Turut disertakan ciri seumpama Dynamic Island dinamakan sebagai Dynamic Port yang boleh menunjukkan pelbagai maklumat dalam masa nyata termasuk status bateri dan sistem imbasan wajah. Lain-lain spesifikasi termasuk pengimbas cap jari sisi, kalis air IP54 dan sistem audio stereo dengan DTS Sound.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.