Penyereng berbisa Real Madrid, Vinicius Junior, bakal terlepas perlawanan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) berdepan Liverpool pada Khamis ini selepas disahkan mengalami kecederaan otot kaki.
Dia bakal diketepikan sekurang-kurangnya selama tiga minggu sekali gus menyaksikan dia akan terlepas tujuh perlawanan dalam semua kejohanan termasuk pertemuan menentang Athletic Bilbao dan Atalanta.
Pemain kelahiran Brazil itu beraksi sepanjang 90 minit ketika membantu Los Blancos membenam Leganes 3-0 dalam saingan LaLiga dengan Kylian Mbappe membuka jaringan awal pasukan pelawat.
Vini Jr. medical report.#RealMadrid
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) November 25, 2024
“Berikutan pemeriksaan yang dijalankan hari ini ke atas Vinicius oleh Perkhidmatan Perubatan Real Madrid, dia telah disahkan mengalami kecederaan pada biceps femoris di kaki kirinya,” kata Madrid dalam satu kenyataan rasmi.
Dia yang turut dikenali sebagai Vini Jr menyertai senarai kecederaan panjang pemain itu bersama pemain utama seperti Rodrygo, Eder Militao, Dani Carvajal, Lucas Vazquez, Aurelien Tchouameni dan David Alaba.
7️⃣ ? 9️⃣#LeganésRealMadrid pic.twitter.com/q4bKRX8dWa
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) November 24, 2024
Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu kini berada di tangga kedua dalam kedudukan LaLiga dengan 30 mata selepas 13 perlawanan dengan empat mata dibelakang pendahulu -Barcelona dengan 34 mata- yang telah beraksi lebih satu perlawanan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.