Indonesia Mengatakan Cadangan Pelaburan $100 Juta Apple Tidak Mencukupi

Sebelum ini kami laporkan Apple ingin melakukan pelaburan $100 juta di Indonesia bagi membolehkan siri iPhone 16 dijual di negara tersebut. Jualan disekat selepas Apple gagal memenuhi janji melakukan pelaburan 1.71 trilion Rupiah (~RM 473 juta) yang dijanjikan sebelum ini. Pagi ini menurut laporan Reuters, Kementerian Perindustrian Indonesia mengatakan cadangan pelaburan $100 juta Apple adalah tidak mencukupi.

Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita dalam sebuah sidang media mengatakan selepas penilaian dilakukan, cadangan Apple didapati tidak memenuhi prinsip keadilan. Cadangan melakukan pelaburan ke dalam kilang aksesori tidak mencukupi apabila dibandingkan dengan pelaburan Apple di Thailand dan Vietnam.

Indonesia memerlukan peranti yang memasuki pasaran tempatan mempunyai sekurang-kurangnya 40% komponen atau penglibatan dengan syarikat tempatan. Sebelum ini bagi menjual iPhone, Apple membuka akademi pembangunan aplikasi dan pelaburan ke dalam pengeluar aksesori Indonesia.

Sebagai negara dengan jumlah penduduk terbesar Asia Tenggara, pengharaman iPhone di Indonesia akan mendatangkan impak kepada jualan Apple. Selain iPhone 16, Indonesia turut mengharamkan jualan Google Pixel 9 atas sebab yang sama.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply