West Ham kejutkan Newcastle di St James’ Park

Aaron Wan-Bissaka pencetak gol kedua West Ham United ketika berkunjung ke St James’ Park.

WEST Ham United meredakan tekanan pengendali baharu The Hammers, Julen Lopetegui, 58, apabila meraih kemenangan mengejut 2-0 semasa melakukan kunjungan ke atas Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium St James’ Park pada Selasa.

Pemain tengah dari Czech, Thomas Soucek memberikan West Ham pendahuluan pada minit ke-10 menerusi tandukan hasil sepakan sudut menewaskan Nicholas David Pope, 32, bagi membolehkan pelawat memimpin separuh pertama.

The Magpies kendalian Eddie Howe dalam 45 minit babak pertama memiliki beberapa peluang menyamakan kedudukan, namun percubaan tersasar selain gol awal Alexander Isak dibatalkan kerana ofsaid, juga dinafikan kecemerlangan Łukasz Marek Fabianski yang berusia, 39 tahun.

Newcastle yang kali terakhir rebah di laman sendiri 0-1 kepada Brighton pada 19 Oktober lalu, kemudian memulakan separuh masa kedua dengan meningkatkan tekanan dalam usaha menyamakan kedudukan.

Namun sekali lagi kelab yang ditubuhkan 9 Disember 1892 dikecewakan rembatan minit ke-53, bekas tonggak pertahanan Manchester United kelahiran Croydon, England, Aaron Wan-Bissaka, untuk gol pertama yang menggandakan kelebihan The Hammers.

Keputusan positif dari Newcastle itu mengekalkan West Ham di kedudukan ke-14 (15 mata) senarai liga, yang juga kemenangan keempat kelab berpangkalan di London tersebut musim ini menjarak kedudukan dari zon penyingkiran.

.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply