Pelakon dan pengarah, Pierre Andre akui gemuruh bekerja dengan ibunya sendiri, Khatijah Tan menerusi filem Jangan Pandang Belakang 2.
Jelas Pierre, dia bagaimanapun memuji sikap profesionalisme Khatijah dan yakin ibunya tidak berkecil hati dengan komen atau pandangan yang diberikan sepanjang mengarahkan naskhah seram itu.
“Dia seorang yang professional. Saya tidak rasa dia akan ambil hati dengan kata-kata dari saya. Kadang-kadang saya terus cakap dengan mak saya untuk kurangkan sikit watak.
“Dia lakukan itu sebab bila dia masuk set penggambaran dia akan anggap saya sebagai orang lain dan saya hormati dia.
“Kalau cakap gemuruh, betul saya ada rasa itu sebab dia mak saya. Apa yang boleh saya katakan mak saya seorang yang boleh bermain psikologi,” katanya kepada Gempak.
Pierre Andre berkata demikian ketika menghadiri Malam Gala filem Jangan Pandang Belakang 2 yang berlangsung di GSC Starling Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Khatijah Tan Main Piskologi Dengan Pierre Andre
Mengulas lanjut tentang cabaran bermain ‘psikologi’ ibunya, Pierre sempat mengulas kenangan ketika zaman remajanya.
“Saya masih ingat, saya pernah ponteng sekolah. Saya letak bag sekolah saya tak jauh dari pasu bunga mak saya dan dia pun dapat tahu.
“Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu yang mak saya dah tahu. Hari yang sama, dia tunggu saya di depan pagar sekolah saya. Keesokkan harinya, saya pergi sekolah, kawan-kawan saya terus cakap yang mak kau datang sekolah dan bila saya balik mak saya buat muka biasa je seperti tiada masalah.
“Sampai sekarang saya masih lagi takut dengan usikan psikologi mak saya. Cara dia didik saya itu adalah perkara yang sangat luar biasa,” kongsinya.
Bagaimanapun, pengarah filem Jangan Pandang Belakang 2 mendedahkan bahawa dia pernah cuba mengelak ibunya daripada hadir ke sekolah kerana Khatijah Tan merupakan seorang pelakon yang dikenali ramai pada ketika itu.
“Saya sebenarnya cuba elakkan semua orang tahu yang Khatijah Tan adalah mak saya.
“Dari dulu lagi saya tidak suka mak saya datang ke sekolah untuk ambik kad laporan sekolah. Saya akan suruh ayah saya untuk ambil kad laporan sekolah saya,” ulasnya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.