Hyundai Motor Akan Membuka Kilang Pertama Di Malaysia Pada 2025

Hyundai Motor, salah satu jenama terkemuka dari Korea Selatan, kini dikongsikan akan membuka kilang pertamanya di Malaysia, terletak di Kulim. Untuk tujuan berkenaan, Hyundai bakal melabur sebanyak RM2.16 bilion di Malaysia.

Melalui kilang berkenaan kelak, Hyundai dijangka mengeluarkan sehingga 7 model kereta dalam tempoh lima tahun akan datang. Pada masa yang sama, dengan menghasilkan kenderaan dalam negara, Hyundai juga boleh memasarkan kenderaan mereka pada harga lebih kompetitif untuk pasaran tempatan.

Disamping itu, kerajaan juga ada menetapkan beberapa syarat kepada Hyundai Motor, termasuk untuk menggunakan komponen penghasilan tempatan dalam kenderaan yang dikeluarkan Hyundai kelak. Pembukaan kilang Hyundai di Kulim ini turut dijangka membuka peluang pekerjaan baharu untuk rakyat tempatan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply