Ada 4 Jenis Sakit Kepala, Ini Aktiviti Perlu Elak!

Tahukah anda, sebenarnya  terdapat lebih 150 jenis sakit kepala yang berbeza karektor, punca dan rawatan sebagaimana yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia di facebook. Perkongsian info ini mendapat perhatian wargamaya hingga telah dikongsikan lebih 8.2 ribu kali.

Mungkin selama ini ada yang menganggap asal sakit kepala sahaja mesti disebabkan rasa pening atau pusing. Rupanya banyak jenis penyakit yang dikategorikan sebagai sakit kepala.

Nak tahu detail ini perkongsiannya.

Ada 4 jenis sakit kepala, dan  ini adalah antara yang paling biasa berlaku.

SINUS
Sakit yang terasa di sekitar mata, tulang pipi, dahi dan batang hidung.
Sakit ini akan rasa lebih teruk bila baring mengereng, bergerak secara mengejut dan pergerakan. Berlaku akibat jangkitan dan perubahan tekanan udara dalam rongga sinus.

TENSION
Sakit yang terasa dihadapan kepala, terasa seperti kepala diikat dan dihimpit. Aktiviti fizikal tidak membuat sakit bertambah teruk, Berlaku akibat stress, kurang air dan otot tengang.

MIGRAIN
Terasa sakit berdenyut di sebelah kepala dengan tekanan di belakang mata. Biasanya akan rasa loya dan kabur mata. Tasa sakit menjadi lebih teruk dengan pergerakan dan aktiviti fizikal. Sensitif dengan cahaya terang dan bunyi bising.

CLUSTER
Sakit di sebelah muka, kepala dan mata. Apabila baring membuat sakit bertambah teruk. Berpunca dari hidung atau air mata tersumbat.

Bila anda perlu jumpa doktor untuk rawatan segera untuk masalah sakit kepala?
✔️ Sakit kepala secara mengejut dan sangat sakit
✔️ Kanak kanak sering mengadu sakit kepala
✔️ Sakit kepala dengan gangguan penglihatan, keliru, hilang keimbangan tubuh dan pertuturan.
✔️ Sakit kepala dengan rasa kebas dan lemah
✔️ Sakit kepala dengan deman, sawan atau pengsan
✔️ Sakit kepala dengan tengang di tengkuk dan ruam

 

Sumber :  Public Health Malaysia 

 

Mesti Tonton

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply