Bekas jurulatih England, Kenneth Jonassen mampu melonjakkan prestasi pemain perseorangan badminton negara menerusi gabungan gaya permainan Eropah dan Asia.
Bekas pengarah prestasi tinggi BAM, Datuk James Selvaraj anggap perkara itu sebagai kelebihan buat jurulatih dari Denmark itu, untuk mengharungi cabaran di peringkat tertinggi selain pengetahuan dalam sains sukan.
“Perancangannya yang baik akan melatih permainan antarabangsa dan mengajar mereka permainan europah dalam permainan Asia. sebati bersama-sama dan lihat apa yang dia boleh lakukan.”
“Malah, ini akan menjadi ujian yang baik untuknya dan semua pemain akan bekerja dengannya,” katanya
Jonassen diletakkan harapan tinggi untuk melahirkan pemain yang mampu memenangi Pingat Emas di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 dan mengulas mengenai perkara itu, James punyai pandangannya sendiri.
“Sekarang terpulang kepada Ng Tze Yong, Justin Hoh, Eogene Ewe Eon, Leong Jun Hao, akan ada 4 pemain akan datang tetapi perlu mencari lebih ramai pemain.
“Dia perlu melihat program junior yang telah dilakukan daripada jurulatih lain. Justeru, perlu ada strategi seperti cuba untuk sertai perlawanan yang diadakan oleh jurulatih senior, semakin cepat mereka belajar untuk melatih pemain kerana mereka perlu empat tahun untuk melatih diri masing masing”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.