Bank Islam Alami Gangguan Teknikal

Bank Islam mengalami gangguan teknikal sejak awal hari ini sehingga memberi kesan kepada penggunanya di seluruh Malaysia. Gangguan ini dikesan apabila rata-rata pengguna memaklumkan mengenai perkara itu bahawa aplikasi mereka gagal untuk diakses seperti yang sepatutnya.

Dalam masa yang sama, Bank Islam turut akui bahawa pihaknya sedang mengalami isu teknikal yang mungkin mengganggu pengalaman perbankan pengguna. Selain itu menjelaskan isu-isu berkenaan lazimnya berlaku apabila aplikasi baharu dilancarkan. Turut dimaklumkan, Bank Islam akan menyegerakan proses membaik pulih serta meningkatkan keupayaan aplikasi tersebut untuk pengalaman perbankan yang lebih lebih baik. Hasil semakan kami melalui laman X khususnya mendapati rata-rata pengguna masih mengalami gangguan pada aplikasi perbankan masing-masing sehingga artikel ini ditulis.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply