Untuk menggunakan kuasa elektrik adalah normal untuk memikirkan kabel elektrik diperlukan. Sekiranya tidak pek bateri pula diperlukan untuk membekalkan kuasa pada peranti seperti telefon pintar dan kereta elektrik. Tetapi Raytheon beberapa minggu lalu dianugerahkan kontrak oleh Tentera Amerika Syarikat untuk membangunkan sistem pemancar kuasa elektrik secara nirwayar.
Teknologi ini terdiri daripada satu pemancar yang menghantar gelombang mikro kepada satu penerima. Ia kemudiannya diubah menjadi kuasa elektrik. Dengan ini peranti elektronik dapat digunakan tanpa wayar yang panjang atau pek bateri yang berat. Tentera Amerika memerlukan teknologi elektrik nirwayar ini bagi memudahkan operasi di lapangan. Keperluan logistik tenaga dapat diubah kepada sistem nirwayar. Sementara itu bagi askar infantri pula mereka tidak lagi perlu membawa pek bateri yang semakin berat disebabkan keperluan tenaga yang meningkat.
Raytheon sudahpun menghasilkan teknologi ini sejak 1960an lagi dengan kuasa 475 W dapat dipancarkan sehingga jarak 1.6 kilometer. Masalahnya ialah kecekapan pemindahan kuasa yang rendah sekitar 54% sahaja.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.