Sejarah penggunaan abjad dalam penulisan manusia mungkin berubah menerusi penemuan sebatang silinder tanah liat dalam sebuah kubur di Tell Umm-el Marra, Syria. Silinder sepanjang jari ini memaparkan 3 abjad yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Menerusi teknik ujian carbon-14, ia dipercayai dihasilkan sekitar 2400 tahun sebelum Masihi yang menjadikannya 500 tahun lebih tua berbanding abjad Proto-Sinaitic yang dipercayai dicipta sekitar 1900 tahun sebelum Masihi.
Batang silinder berusia lebih 4400 tahun ini ditemukan pada tahun 2004 dengan kertas kajian diterbitkan pada tahun 2021. Tetapi kajian yang dilalukan oleh ahli arkeologi dari Johns Hopkins University dan University of Amsterdam hanya mendapat perhatian apabila ia dibentangkan ketika acara American Society of Overseas Research minggu lalu.
Terdapat empat abjad tertera pada batang silinder dengan terdapat sebuah lubang ditengah-tengahnya. Penyelidik mempunyai hipotesis silinder ini diletakkan pada objek untuk memberitahu apakah barang di dalam balang atau tanda untuk nama pemilik. Maksud perkataan yang dieja oleh abjad ini masih belum diketahui.
Penemuan ini akan menyebabkan pemahaman kita mengenai asal usul penggunaan abjad perlu dikaji semula. Selama ini dipercayai asal usul abjad ialah menerusi Kuneiform dan Hieroglif Mesir. Abjad berbeza dengan Kuneiform dan Hieroglif Mesir kerana setiap satunya mewakili bunyi berbeza. Hieroglif Mesir misalnya menggunakan simbol untuk mewakili sesuatu objek.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.