Honor Malaysia menyatakan bahawa kemaskini pelancar MagicOS 9.0 baharu akan tersedia untuk sejumlah telefon mercu terpilih keluarannya mulai pertengahan Disember mendatang. Antara yang terpilih ialah Honor Magic6 Pro, Magic6 RSR, Magic V2, Magic V2 RSR dan Magic V3. Pengguna boleh memuat-turun dan memasang kemaskini perisian baharu ini melalui ruang tetapan utama peranti.
Seperti kebanyakan pelancar terkini lain, lonjakan pertama dalam perisian MagicOS 9.0 berfokus kepada teknologi kecerdasan buatan (AI). Namun tidak mengejutkan, dan penggunaan teknologi AI juga penting bagi meningkatkan kecekapan produktiviti dan menukar landskap telefon pintar sejajar dengan kemajuan industri yang dianggap satu proses yang seimbang.
Antara penambahbaikan yang diberikan melalui MagicOS 9.0 adalah Magic Portal 2.0 – Circle to Anything yang menawarkan pengalaman lebih mesra pengguna. Melalui ciri Circle to Anything yang baharu ini, pengguna hanya perlu membulatkan objek atau teks kemudian leretkannya ke bahagian tepi skrin untuk mengakses mana-mana aplikasi yang disokong dengan segera.
Seterusnya Magic Avatar yang membolehkan pengguna mencipta avatar maya sendiri lalu diselaraskan dengan status dan memberi respons secara Interaktif. AI Notes Summarize pula boleh meringkaskan artikel yang panjang menjadi isi-isi penting secara automatik, selain itu terdapat AI Translation yang menyokong sehingga 11 bahasa termasuk Bahasa Malaysia. Sekali gus bantu pengguna memahami pelbagai idea-idea utama serta terjemahan dengan cepat serta mudah.
Seperti biasa tiada tarikh yang tepat dinyatakan tetapi sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan rujukan tentang peranti yang layak dan bila masanya kemaskini akan diterima kelak.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.