“Pakai Bawal Lagi Manis, Tak Nak Serkop Dah,” – Lapang Dada Terima Teguran Bab Fesyen, Peminat Puji Ernie Zakri

Penyanyi, Ernie Zakri terbuka menerima pendapat peminat berkenaan fesyen hijabnya sewaktu membuat persembahan di SCTV Awards 2024 di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Menurut Ernie, dia mengambil maklum setiap luahan peminat dan akan berusaha menambah baik dalam pemilihan imejnya ketika di atas pentas pada masa akan datang.

“Okay, saya dengar suara anda. Baiklah. Terima kasih untuk semua maklum balas,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Ku Bersuara itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi X.

Hantaran tersebut juga merupakan respon Ernie selepas menerima maklum balas daripada seorang peminat yang mengatakan imej Ernie akan terlihat lebih manis bila mengenakan tudung bawal.

“Sis Ernie pakai bawal nampak manis, cantik dan anggun sangat. Tak nak serkop macam ni dah,” tulis peminat tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap Ernie yang terbuka menerima teguran dan menghargai suara daripada peminat.

“Sayang Ernie banyak-banyak sebab hargai komen peminat. Peminat ambil berat sebab mereka sayangkan Ernie.

“Terima kasih Kak Ninie kerana terima dengan hati yang terbuka. Suka sangat Kak Ninie pakai bawal atau selendang. Janji bukan jenis serkop.

“Terima kasih kerana mendengarkan kami. Semoga lebih cantik dan vogue da vass lepas ni. Love you.

“Kak Ninie pakai bawal memang manis meletop. Serkop-serkop is a big no lagi-lagi ketika awards di Indonesia.

“Ernie tolonglah jangan pakai tudung style inner macam tu. Nampak sangat pelik. Apapun, tahniah Ernie. Yang penting dapat anugerah,” antara komen-komen netizen.

Terdahulu, pada acara SCTV Awards 2024, lagu nyanyian Ernie yang berjudul Masing Masing telah berjaya meraih anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop.

SCTV Awards 2024 yang juga acara anugerah tahunan itu bersiaran secara langsung dari Studio 6 Emtek City, Jakarta.

Masing Masing ialah lagu runut bunyi bagi drama di Indonesia yang berjudul Luka Cinta.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram dan X Ernie Zakri, X Buttermies


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply