KPM Umum Tarikh SPM 2024, Ujian Bertutur Bahasa Melayu Bermula 2 Disember

KPM umum tarikh sebenar SPM 2024, ujian bertutur Bahasa Melayu bermula 2 Disember. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan bermula pada 2 Disember hingga 6 Februari depan.

Dalam kenyataan, KPM berkata, Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan bermula 2, 3, 4 dan 5 Disember, manakala Ujian Amali Sains pula bermula dari 9,10 dan 12 Disember ini.

KPM Umum Tarikh SPM 2024, Ujian Bertutur Bahasa Melayu Bermula 2 Disember

“Ujian Bertutur Bahasa Inggeris akan bermula 16,17,18, dan 19 Disember; Ujian Mendengar Bahasa Melayu (31 Disember) dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (31 Disember).

“Ia akan disusuli Peperiksaan Bertulis yang akan berlangsung pada 2 Januari hingga 6 Februari 2025,” kata kenyataan itu, hari ini.

Seramai 402,956 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di 3,337 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Manakala 126,636 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu.

Gambar hiasan. Arkib NSTP

KPM mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang SPM 2024 berlangsung.

“Jadual waktu SPM 2024 boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan (LP) melalui pautan lp.moe.gov.my.

“Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM 2024,” maklum kenyataan itu.

Dalam pada itu, KPM turut memandang serius berhubung keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk musim banjir sepanjang SPM.

Kata mereka, pihaknya sentiasa siap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan sewajarnya termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain yang berkaitan.

“Calon dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan segera sekiranya tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan oleh bencana.

“Calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan yang disediakan di ibu pejabat LP dan JPN di seluruh negara,” ujar kenyataan tersebut.

Akhir sekali, KPM komited untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan SPM 2024 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Pihaknya mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera.

Sumber: Sinar Bestari, Sinar Harian dan Harian Metro

Baca artikel lain juga: Terpengaruh Nak Jadi Influencer, Lebih 10,000 Calon Tak Ambil Peperiksaan SPM Tahun Lepas

Pelajaran Tetap No 1, Lima Selebriti Raikan Kejayaan Anak-Anak Dalam SPM, Syabas!

Beri Semangat Pada Anak, Ajak Shiro Sanggup Ambil SPM Ulangan Demi Anak!

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

 

 

Comments

Leave a Reply