Beberapa bulan lepas, X memperkenalkan Stories untuk pengguna berbayar. Ia adalah ciri AI generatif dikuasakan Grok yang merumuskan berita semasa. Ciri lebih kurang sama turut kini diuji oleh Meta pada Threads, tetapi memfokuskan kepada topik terhangat (Trending now) berbanding berita.
Menurut Adam Mosseri, dengan ciri Trending Now telah dikembangkan ke lebih banyak negara seperti Amerika Syarikat – Threads kini menambah lebih banyak topik selain turut menggunakan kecerdasan buatan generatif untuk merumuskan apakah perbincangan atau perkongsian paling popular dilakukan oleh pengguna Threads pada satu-satu masa.
Bukan itu sahaja, Mosseri turut berkongsi yang ciri carian turut kini dikembangkan dengan kemampuan lebih mendalam. Pengguna kini boleh mencari sesuatu dengan masa perkongsian spesifik atau juga mencari kandungan terus dari akaun spesifik.
Ciri baharu ini diuji mengikut negara terpilih seperti Amerika Syarikat. Tidak pasti bila ciri ini akan dikembangkan ke semua pengguna. Adakah anda mahukan ciri ini?
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.