Jika anda seorang gamer pada platform PC, dan meminati pelbagai permainan keluaran Ubisoft seperti Assassin’s Creed, Star Wars dan sebagainya, pihak Microsoft baru-baru ini telah mengesahkan bahawa kemaskini sistem operasi Windows 11 24H2 yang terbaru menyebabkan sejumlah isu prestasi pada beberapa permainan keluaran syarikat tersebut.
Menurut Ubisoft, permainan-permainan komputer yang terkesan dengan masalah ini termasuklah Assassin’s Creed Valhalla, Assassin’s Creed Origins, Assassin’s Creed Odyssey, Star Wars Outlaws, dan Avatar: Frontiers of Pandora.
Para pemain melaporkan isu seperti permainan tersekat-sekat, keluar ke desktop secara rawak dan juga masalah skrin hitam sewaktu bermain secara rawak. Kedua-dua pihak Ubisoft dan Microsoft dilaporkan sedar akan perkara ini dan sedang membangunkan sebuah kemaskini untuk memperbaiki isu ini.
Ubisoft mengatakan bahawa mereka sudahpun mengeluarkan satu kemaskini awal yang akan membantu mengurangkan isu yang dilaporkan, tetapi akan menyebabkan masalah prestasi dari segi kadar bingkai permainan. Mereka dan Microsoft akan berusaha memperkenalkan kemaskini yang akan memperbaiki semua isu-isu ini, tetapi buat masa ini tiada pengesahan lagi tentang bilakah ia akan dikeluarkan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.