Pada awal bulan ini, Microsoft telah mengumumkan bahawa ciri Windows Recall yang membolehkan pengguna untuk mencari sebarang maklumat yang dicari pada komputer mereka akan ditunda ke awal Disember tahun ini.
Terkini, Microsoft nampaknya telah mula memperkenalkan ciri tersebut kepada pengguna Windows Insider yang menggunakan komputer riba dengan sokongan Copilot+, khususnya untuk komputer riba yang dikuasakan siri cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon X.
Mereka hanya perlu mengemaskini sistem operasi mereka ke versi Windows 11 Preview Build 26120.2415 (KB5046723) untuk mengaktifkannya. Sokongan untuk siri cip pemprosesan Intel Lunar Lake dan AMD Ryzen AI 300 juga akan menyusul tidak lama lagi.
Seperti yang juga dilaporkan sebelum ini, fungsi Windows Recall merupakan sebuah ciri opt-in dimana pengguna perlu mengesahkan bahawa mereka mahu menggunakannya, dan faham bahawa tangkapan layar untuk setiap input yang dilakukan oleh mereka akan diambil untuk tujuan penyimpanan data dalam peranti. Data ini tidak akan dihantar ke mana-mana mesin pelayan, dan hanya boleh diakses secara fizikal.
Ia dijangka bahawa fungsi Windows Recall akan diperkenalkan ke pengguna-pengguna sistem operasi Windows 11 secara lebih meluas tidak lama lagi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.