Sebelum Ke Top 12, Peserta ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ Harungi 6 Ujian Paling Brutal!

Jika anda seorang peminat kecergasan dan hiburan, bersiaplah untuk menyaksikan program realiti kecergasan pertama seumpamanya di Malaysia, MASKULIN WHO’S YOUR BRO (WYB).

Program yang diaktifkan oleh MASKULIN di bawah kendalian Nu Ideaktiv ini bukan sahaja memaparkan cabaran fizikal yang mengujakan, malah penuh dengan drama, semangat setiakawan, dan persaingan sihat antara peserta.

Pada 19 November yang lalu, seramai 12 peserta telah diumumkan sebagai finalis yang bakal bersaing dalam edisi pertama WYB.

Apa yang menarik, peserta-peserta ini datang daripada latar belakang berbeza tetapi berkongsi matlamat sama: untuk membuktikan diri mereka memiliki keupayaan kecergasan luar biasa dan semangat kerjasama yang hebat.

WYB mengangkat konsep “brotherhood” sebagai tunjang utama program ini. Ia menonjolkan bagaimana semangat setiakawan dan kerjasama dua ‘bro’ dalam satu pasukan mampu mencipta kejayaan.

Tugas peserta bukan sahaja mempamerkan kekuatan individu tetapi juga kebolehan mereka untuk menyokong dan memberi motivasi kepada rakan sepasukan dalam mencapai misi bersama.

@maskulinmy Untuk menyertai rancangan TV Realiti Who’s Your Bro, anda mestilah melepasi fitness test yang disediakan oleh kru produksi. Sesi ini juga telah melalui fasa konsultasi bersama fitness advisor rasmi Who’s Your Bro, Capt Raeiz Hamed @captraeiz ♬ original sound – Maskulin

Untuk melayakkan diri sebagai peserta, setiap calon perlu melalui sesi temu duga dan ujian kecergasan yang dikendalikan oleh Captain Raeiz Hamed, Fitness Advisor untuk WYB.

Menurut Captain Raeiz, ujian ini bertujuan mengukur kecergasan menyeluruh peserta, termasuk aspek kekuatan (strength), stamina, kardio, kekuatan badan bahagian bawah (lower body), core strength, dan mental strength.

“Kami mencari peserta yang mempunyai kecergasan secara keseluruhan. Bukan sahaja fizikal, tetapi mental yang kuat juga sangat penting untuk menyahut cabaran WYB,” jelas Captain Raeiz.

Ujian kecergasan ini merangkumi enam stesen dengan cabaran berikut:

  1. Larian 600 meter
  2. 18kg Alternate Dumbbell Snatch (20 ulangan)
  3. Box Step Over (20 ulangan)
  4. Pull-ups (10 ulangan)
  5. 20kg Sandbag Squats (20 ulangan)
  6. Bosu Push-up (20 ulangan)

Setelah melalui ujian sengit ini, hanya 12 peserta yang berjaya menonjolkan kecemerlangan mereka di setiap stesen dipilih untuk bertanding dalam program ini.

Di antara ujian kecergasan yang harus diharungi mereka!

Siapa Bro, Siapa Lawan?

MASKULIN WHO’S YOUR BRO bukan sekadar pertandingan kecergasan. Ia adalah gabungan elemen hiburan, kesihatan, dan hubungan antara peserta yang sarat dengan cabaran fizikal dan mental.

Setiap episod akan menampilkan aksi mendebarkan dan detik-detik yang mencetuskan inspirasi.

Jangan lupa untuk menyaksikan MASKULIN WHO’S YOUR BRO bermula 20 November, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ria.

Saksikan sendiri siapa yang bakal bergelar ‘bro’ sejati dan siapa pula yang bakal tersingkir dalam persaingan sengit ini.

Ingat, “Siapa Bro, Siapa Lawan?” Segalanya akan terjawab dalam WYB!

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply