Tecno melancarkan peranti baharu iaitu Spark 30 5G yang dikuasakan dengan cip Mediatek Dimensity 6300. Pada masa sama, Tecno turut mengumumkan harga jualan rasmi yang bermula RM549 (6/128GB) dan RM599 (8/256GB) sebuah. Anda yang ingin mendapatkan telefon berkenaan boleh membelinya bermula esok iaitu 26 November 2024 melalui kedai rasmi Tecno di TikTok.
Menyentuh aspek spesifikasi, Tecno Spark 30 5G menggunakan skrin LCD HD+ sebesar 6.67-inci. Selain itu dijana dengan cip MediaTek Dimensity 6300, memori 6/8GB RAM dan storan dalaman 128/256GB. Peranti turut didatangkan dengan kamera utama 108MP, swafoto 8MP, bateri 5000mAh dan sistem pengecasan 18W. Pada masa sama peranti itu dilengkapi dengan pengimbas cap jari sisi, kalis air IP54 dan pembesar suara Dolby Atmos.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.