Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) akan dipinda selepas cadangannya diluluskan mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas dan dijangka dibentangkan di Parlimen Disember ini. Ini adalah menurut jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching ketika sesi Dewan Rakyat hari ini.
Antara pindaan yang akan dilakukan ialah memperkenalkan seksyen baharu bagi mengukuhkan penguatkuasaan. Menerusinya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuasa untuk meminta penyedia platform media sosial menyerahkan data tentang pengguna akaun bagi memudahkan siasatan.
Kerajaan juga akan membentangkan Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian dalam masa terdekat bagi mengekang aktiviti jenayah dalam media sosial termasuk berita palsu.
Selain itu, beliau berkata, amat penting untuk penyedia platform media sosial seperti Meta, ByteDance dan Google untuk mengetatkan lagi garis panduan bagi membuka akaun baharu, seperti mewajibkan pengguna memasukkan nombor telefon mereka.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.