Chelsea berhempas pulas menewaskan Manchester United dalam perlawanan Liga Super Wanita (WSL), semalam.
Sepakan penalti Guru Reitan pada minit ke-17 menjadi pemisah pertembungan kedua-dua pasukan tersebut di Kingsmeadow.
The Blues kini menjadi pasukan kedua dalam sejarah WSL yang memenangi lapan perlawanan pertama musim ini, selepas Arsenal pada 2018-19.
“Saya rasa ia adalah perlawanan yang sukar hari ini, kami menjangkakan perkara itu.”
WE JUST KEEP WINNING!! ?#CFCW pic.twitter.com/W2vFC0evWA
— Chelsea FC Women (@ChelseaFCW) November 24, 2024
“United tidak banyak membenarkan gol, jadi kami tahu mereka datang dengan organisasi pertahanan yang baik, dan kami perlu bermain dengan sangat baik dengan bola.”
“Terutama dengan angin hari ini, ia sukar bagi kami untuk membina permainan dan bermain lebih banyak, jadi saya sedikit kecewa kerana kami tidak dapat bermain lebih banyak,” kata jurulatih Chelsea, Sonia Bompastor.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.