Realme Malaysia akan memperkenalkan telefon pintar baharu di bawah siri Note pada 29 November sebagai sebahagian daripada usaha berterusan utnuk menatik minat penggunanya. Pengumuman itu dibuat oleh Realme di mana peranti itu akan memberi fokus terhadap ketahanan lebih baik untuk kegunaan lebih panjang. Selain itu memberikan nilai berbaloi dalam julat harga sambil menggabungkan kualiti menarik dalam kelasnya.
Tiada butiran lanjut dikongsi mengenai peranti namun sekiranya perkakasan dalaman digunakan adalah serupa dengan versi global. Ia boleh dilengkapi dengan cip Unisoc T612, skrin LCD 6.74-inci HD+ dengan kadar segar semula 90Hz, bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 10W, kamera utama 32MP (f/1.8) dan swafoto sebesar 5MP. Untuk makluman, Realme Note 50 sedia dijual di Malaysia sebelum ini dengan harga bermula RM349.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.