Vaksin Malaria Kini Boleh Disebarkan Menggunakan Nyamuk

Malaria disebarkan oleh nyamuk tiruk yang menyuntik parasit Plasmodium falciparum ke dalam tubuh manusia. Vaksin untuk menentang malaria telahpun dibangunkan tetapi akses kepadanya masih terhad. Saintis daripada London School of Hygiene and Tropical Medicine telah berjaya melakukan ujian dimana vaksin malaria disebarkan juga menggunakan nyamuk.

Mereka membangunkan dua parasit Plasmodium falciparum  yang diubahsuai genetiknya. Nyamuk dengan varian parasit GA1 dan GA2 ini kemudiannya menggigit 50 orang sukarelawan. Selepas 3 minggu sukarelawan yang sama didedahkan pula kepada gigitan nyamuk yang membawa parasit malaria.

Didapati 18% yang terdedah kepada GA1 tidak menghidapi malaria sementara 89% yang terdedah kepada GA2 tidak menghidapi malaria. Pendedahan kepada jelas GA2 telah meningkatkan antibodi tubuh untuk menentang malaria. Ia adalah peratusan keberkesanan yang lebih tinggi berbanding vaksin yang mempunyai kadar keberkesanan sekitar 75% sahaja.

Penyelidik ini ingin mengembangkan lagi ujian kepada kumpulan sukarelawan yang lebih besar bagi melihat sejauh manakah keberkesanan sistem penyebaran vaksin menggunakan nyamuk ini.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply