Waspada Terhadap Kandungan SMS Berunsur Penipuan Berkaitan Lesen Memandu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dan tidak terpedaya dengan sebarang penyebaran maklumat palsu menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh, baru-baru ini tular beberapa mesej yang mempunyai pautan berkaitan lesen memandu. Selain itu mesej itu turut mendakwa kononnya lesen pemilik telah digantung dan semakan lanjut boleh dibuat dengan klik pada pautan yang telah diberikan.

Peringatan ini penting bagi mengelakkan kekeliruan dan suasana panik dalam kalangan orang ramai yang boleh mencetuskan situasi yang tidak diingini. Pihak JPJ turut memaklumkan tidak pernah menghantar mana-mana pautan berhubung lesen memandu melalui SMS atau platform lain. Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan supaya sentiasa peka dan berwaspada dengan kandungan SMS seperti berikut dan tidak klik pada pautan yang telah diberikan. Tindakan tegas juga boleh diambil terhadap mereka yang menyebarkan mesej-mesej tidak benar itu.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply