Baru Seminggu Kehilangan Bapa Saudara, Tok Ram Terima Berita Pemergian Ahmad Nawab Pula – “Saya Belum Habis Sedih…”

Maestro terkenal, Datuk Ramli M.S akui sedih dengan pemergian dua insan yang paling dekat dengan dirinya iaitu Komposer tersohor, Datuk S. Atan dan Tan Sri Ahmad Nawab.

Menurut Ramli, belum hilang kesedihan kehilangan bapa saudara tercinta, dia terkejut apabila menerima khabar pemergian teman baiknya ke negeri abadi.

Ramli juga berkongsi dimana S. Atan atau nama sebenarnya Hashim Said adalah orang yang bertanggungjawab membawanya masuk ke dalam industri muzik.

“Saya belum habis sedih sebab kehilangan pak cik saya, sekarang saya hilang kawan baik saya pula.

“Pak cik saya adalah orang yang bagi saya peluang masa saya umur 15 tahun, bila dia rasa saya ada sesuatu pada mata dia jadi peluang itu diberikan kepada saya.

“Dia bagi saya peluang dan banyak mendorong saya untuk lakukan kerjaya ini tanpa rasa takut,” ujarnya.

Mengingati kenangan manis bersama teman baiknya pula,  Ramli atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ram mengambarkan karya-karya Ahmad Nawab sebagai satu karya yang ringkas namun mampu memberi impak sehingga kini.

“Saya datang sini (Malaysia) tahun 1981 dan bekerja dengan dia pada tahun 1983.

“Dia sangat sayangkan saya, kita buat banyak album pada tahun tersebut dan kalau saya tak ada masa lapang dia tidak akan masuk rakaman.

“Bila dah masuk studio, dia bayar saya lebih, bagi hadiah dan saya belajar banyak benda dengan dia. Lagu dia senang sahaja tapi sampai sekarang orang ingat. Orang kalau tutup mata pun tahu itu naskah Ahmad Nawab.

“Saya agak sedih, sebab sedih tu bertimpa sebab selang seminggu selepas pak cik saya. ,” tambahnya.

Terdahulu, media melaporkan Komposer tersohor, Datuk S. Atan atau nama sebenarnya Hashim Said, meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Selepas seminggu Malaysia dikejutkan pula dengan berita pemergian Komposer veteran, Tan Sri Ahmad Nawab menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun pada Ahad.

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply