AMD baru sahaja melancarkan model CPU gaming paling berkuasa mereka setakat ini, iaitu AMD Ryzen 7 9800X3D yang dilihat membantu dalam menambahkan kadar bingkai dalam permainan komputer khususnya pada resolusi dan tetapan tinggi.
Terkini, ia telah dilaporkan bahawa syarikat tersebut dijangka memperkenalkan dua lagi model CPU Ryzen X3D serba baru yang lebih berkuasa, iaitu AMD Ryzen 9 9950X3D dan juga AMD Ryzen 9 9900X3D. Buat masa ini, terdapat hanya beberapa butiran khusus yang diketahui mengenai cip-cip pemprosesan ini.
Pertama ialah Ryzen 9 9950X3D akan hadir dengan 16 teras fizikal, manakala Ryzen 9 9900X3D akan hadir dengan 12 teras fizikal. Kedua-dua cip pemprosesan ini masih akan menggunakan memori 3D V-cache generasi kedua, akan tetapi tidak seperti AMD Ryzen 9 9800X3D yang mempunyai memori tersebut terbahagi ke kedua-dua bahagian teras CPU, kali ini ia hanya akan dimuatkan di satu bahagian teras tersebut.
Butiran lanjut mengenai perkara ini mungkin akan dijelaskan kelak, dan setakat ini ia tidak diketahui lagi bagaimanakah keputusan ini akan memberi kesan kepada prestasi cip pemprosesan tersebut.
Dalam pada itu, ia juga dijangka bahawa AMD akan melancarkan kedua-dua model cip pemprosesan AMD Ryzen 9 9950X3D dan AMD Ryzen 9 9900X3D pada penghujung bulan Januari 2025 kelak. AMD dijangka akan memperkenalkan model-model CPU ini mungkin di acara CES 2025 juga.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.