Ubitium Membangunkan Cip Sarwajagat Menggabungkan CPU, NPU, GPU, DSP dan FPGA 

Ubitium sebuah syarikat tunas rintis dari Jerman mengumumkan mereka sedang membangunkan cip sarwajagat yang menggabungkan CPU, NPU, GPU, DSP dan FPGA. Yang. menjadikan cip Ubitium ini unik ialah menurut mereka setiap transistor yang digunakan boleh diprogramkan untuk berfungsi sebagai CPU, NPU, GPU, DSP atau FPGA bergantung kepada keperluan tugasan yang ingin dilakukan. Ia juga akan menggunakan senibina RISC-V.

Cip semasa seperti Snapdragon 8 Elite telah menggabungkan CPU, GPU, NPU dan DSP dalam satu SOC. Tetapi semikonduktor yang digunakan untuk NPU hanya boleh digunakan untuk tugasan memproses kecerdasan buatan (AI) sahaja. Apabila tidak digunakan, bahagian cip ini seakan dibazirkan dan sekadar memakan ruang. Cip sarwajagat ini turut akan mengurangkan kos pengeluaran dan penggunaan tenaga.

Pada peringkat awal cip sarwajagat Ubitium akan digunakan untuk perkomputeran pinggir dengan terdapat perancangan ia boleh ditingkatkan untuk digunakan pada cip pemprosesan data dan AI di masa hadapan.

Prototaip cip sarwajagat Ubitium disasarkan akan diperlihatkan menjelang 2026. Walaupun Ubitium ialah sebuah syarikat baharu ia mempunyai bekas kakitangan daripada Intel, Nvidia, dan Texas Instruments yang mempunyai kepakaran luasa dalam menghasilkan cip.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply