Redmi adalah sub-jenama Xiaomi yang memfokuskan kepada peranti mercu mampu milik, peranti kelas pertengahan premium dan koleksi aksesori untuk melengkapkan ekosistem pada harga lebih murah berbanding jenama Xiaomi sendiri. Baru-baru ini, mereka telah melakukan perubahan pada jenama ini.
Redmi kini adalah REDMI. Semua abjad kini menggunakan huruf besar, yang mana menurut presiden telefon pintar Xiaomi Group iaitu Lu Weibing menyatakan ia adalah satu perubahan strategik. Dengan Xiaomi yang kini semakin berkembang di segmen premium dan teknologi canggih, ia memberi ruang kepada Redmi untuk terus maju.
Bermula dengan siri REDMI K80, ia akan menjadi kategori baharu untuk sub-jenama Xiaomi ini kerana siri K akan menjadi kategori “mercu” mereka. Kategori ini akan menawarkan spesifikasi mercu premium pada harga lebih mampu milik berbanding jenama lain yang memfokuskan jualan di platform e-dagang (Poco, iQOO, dll). Siri Turbo (Redmi Turbo 3), akan menggantikan tempat lama siri K iaitu kategori kelas pertengahan premium.
Siri K kebiasaannya memasuki pasaran Malaysia di bawah jenama Poco, sementara siri Turbo masih belum ditawarkan di pasaran global. REDMI tidak berkongsi mengenai barisan Note mereka kerana ia adalah dalam kategori kelas pertengahan biasa yang kekal popular. Perubahan ini dilihat memfokuskan kepada kategori premium mereka. Sama-sama kita nantikan dan lihat sama ada adakah perubahan ini turut terkesan kepada pasaran global.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.