Cradle Fund, salah satu agensi tempatan yang memfokuskan kepada pembangunan usahawan dan startup, kini mengumumkan kerjasama dengan pihak Kapital DX (KLDX) untuk terus membantu syarikat tempatan mempunyai akses kepada pembiayaan alternatif. Dengan langkah ini, ia memberikan akses kepada syarikat pemula tempatan dalam mendapatkan dana yang diperlukan – yang kebiasaannya tidak ditawarkan oleh pelabur modal teroka.
Untuk makluman, KLDX merupakan salah satu platform yang memfokuskan kepada meraih dana dan pelaburan, menggunakan teknologi rantaian-blok – sekaligus membolehkan pentokenan aset. KLDX juga turut menyasarkan untuk mentransformasi landskap kewangan tempatan melalui platform pelaburan yang inovatif.
Cradle mengatakan akan mempromosikan KLDX kepada rangkaian alumni dibawah mereka, sekaligus memberikan mereka pilihan pendanaan alternatif dalam terus mengembangkan syarikat. Disamping itu, bergerak kehadapan, platform KLDX juga akan turut diintegrasikan ke dalam program MYStartup Single Window – membolehkan syarikat pemula mendapatkan informasi dan akses untuknya melalui laman MYStartup.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.