Wow, tiada garis kedut walaupun umur sudah masuk 40 tahun! Ini cukup menarik dan tak pelik pun kalau jenis rajin pakai skincare.
Inilah yang dikongsikan oleh Puan Muna Mohammad kali ini untuk anda cuba tip cantik tanpa mekap.
40 Tahun Tapi Tiada Garis Kedut
Saya sangat sangat sangatlah puas hati dengan keadaan kulit saya sekarang, berbanding dahulu. Memang, masih ada parut parut nipis, tapi it is much better daripada dulu.
Pada umur 40 tahun tahun ni, I have no eyebag, no wrinkles, no panda eyes, tak ada saggy face, dan tak ada smile line yang melandut, I am so happy with my skin condition, selepas dah amal cara menjaga kulit dengan betul.
Tips kalini hanya tentang kaedah skincare routine, bukannya bab produk. Kalau bab produk, boleh skrol posting lama saya ya.
Saya kongsikan kaedah/teknik yang saya gunakan seperti berikut:
1. Pencuci muka
Basahkan tangan, letak pencuci dan gosok rata di tangan, baru ratakan dan sapu muka dalam keadaan muka kering (bukan dibasuh). Kalau muka tengah bermake up, just letak aje kat muka yang penuh make up tu. Selepas ratakan dan gosok seluruh muka lebih kurang seminit, barulah bilas dengan air bersih.
2. Micellar water, face balm, cleanser oil
Jika buat double cleansing, sapu agen pencuci pilihan anda ke muka dalam keadaan muka kering. Lap dengan tisu biasa untuk membuang make up/mencuci muka (elakkan guna wet tissue sebab ada alkohol, untuk micellar water dan make up remover, boleh titiskan ke atas cotton pad dan sapu muka). Selepas itu baru cuci muka dengan pencuci muka seperti di perkara (1) di atas.
3. Exfoliator
Ini bersifat cair (seperti toner BHA/AHA) – Guna cotton pad dan seretkan ke muka sehingga merasa bersih.
4. Serum/water essence/pelembap
Guna tangan, elakkan teknik sapuan, tetapi terus tekap tapak tangan ke muka supaya produk meresap ke dalam kulit. Bagi water essence, guna semasa muka masih basah, dan keringkan muka di kipas sebelum guna pelembap.
5. Face oil
Menggunakan teknik sapuan bagi tujuan urutan muka. Boleh digabungkan dengan face stone atau urutan jari. Amat digalakkan sekurang kurangnya 2 kali seminggu.
Jadi buat anda yang nak kulit sihat tanpa garis halus, rajinkan diri belai kulit seawal usia remaja. Masuk 40-an apatah lagi, pasti perlukan ‘makanan’ kulit untuk maintain awet muda!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.