Lumrah Wanita Nak Ada Duit Sendiri, Bukan Sebab Tak Cukup

Bekerja bukan sebab tak cukup tetapi lumrah wanita nak ada duit sendiri. Kebanyakan suri rumah pun, pandai cari duit tepi sambil-sambil jaga anak. Itu realiti hidup golongan isteri zaman sekarang.

Jadi para lelaki yang bakal bergelar suami kena beredia untuk memberi duit poket kepada isteri tersayang walau dia bekerja.

Wanita Nak Ada Duit Sendiri

Bak kata saudara Firdaus Shakirin, baik bekerja atau berniaga, wanita memang nak ada duit sendiri untuk kegunaan sendiri.

Dia ada keinginan dia, dia ada kemahuan dia dan dia boleh beli semua itu dengan duit dia sendiri.

Tapi bila suami tak bagi dia ada duit sendiri, maka suami kena bagi duit suami pada isteri. Dia tetap kena ada duit untuk dia beli barangan keperluan dia.

Hulur Lebih dari Keperluan

Jangan hulur duit kat isteri cukup-cukup untuk makan, barangan dapur, bil utiliti. Perlu ada lebih untuk dia beli barangan peribadi.

Boleh jadi alat perhiasannya sudah habis, boleh jadi pakaiannya perlu diganti. Boleh jadi kelengkapan luar dalamnya sudah kena beli.

Terma nak isteri pakai dan guna mana yang ada tu, perlu difikirkan berkali-kali.

Jika keinginan suami nak isteri nampak menarik dimata, tapi pakai mana yang ada, maka dimana “menariknya”…?

Dia perlu ada duit untuk dia beli apa yang dia nak, isteri tahu apa yang perlu dibeli untuk dirinya sendiri. Dia tak akan beli benda yang tidak menjadi keperluan utk dirinya.

Dia tak akan sia-siakan duit yang diberi oleh suami. Percayalah!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply