Lain dari yang lain. Jika biasanya rombongan sekolah naik bas, lain pula kisahnya sebuah sekolah tadika di Kuantan yang membawa anak-anak muridnya menaiki kapal terbang untuk lawatan ke Kuala Lumpur.
Melalui satu akaun Tik Tok aznia.razizan, kesemua anak-anak murid merasai pengalaman paling manis bila di bawa oleh guru mereka menaiki penerbangan Kuantan-Kuala Lumpur.
Menurut perkongsian, kos yang dianggarkan adalah sekitar RM300 hingga RM350 termasuk kesemua perjalanan untuk menaiki kapal terbang, ERL, lawatan ke Petrosains serta makan dan minum.
Pun begitu dimaklumkan ibu bapa hanya perlu membayar sekitar RM170 hingga RM180 sahaja untuk kesemua perjalanan itu.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya memuji usaha cikgu untuk memberi pengalaman paling bermakna buat anak-anak.
Tidak hanya satu pengalaman baru bahkan keseronokkan terbang di udara bersama kawan-kawan pastinya satu pengalaman yang cukup bermakna buat mereka.
Sumber: TikTok @aznia.razizan
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.