Apple Dilaporkan Tiada Perancangan Untuk AirPods Max Selepas Kemaskini USB-C Tahun Ini

Apple pada tahun ini telah memperkenalkan kemaskini kecil untuk AirPods Max, menawarkan pilihan sambungan USB-C menggantikan sambungan sebelum ini, disamping hadir dengan lebih banyak pilihan warna baharu. Menurut laporan Bloomberg hari ini, Apple dikatakan tiada perancangan seterusnya untuk AirPods Max, selepas kemaskini untuk tahun ini.

Apple buat pertama kalinya memperkenalkan fon kepala mereka pada Disember 2020 dengan tanda harga yang agak premium. Ia menawarkan audio berkualiti baik, serta menerima reaksi positif daripada ramai penggunanya.

Menurut laporan hari ini, ia dikatakan fon kepala berkenaan tidak terjual dengan sangat tinggi untuk membolehkan Apple melakukan pelaburan lebih tinggi untuknya. Disamping itu, penjualannya juga tidak begitu teruk untuk membuat Apple tidak mempedulikannya.

Apple dijangka mengekalkan penawaran AirPods Max ini buat masa ini. Untuk makluman, sebelum kemaskini USB-C ini, penawaran AirPods Max kekal selama 4 tahun tanpa sebarang kemaskini. Mungkin dengan laporan terbaru ini, ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum kita melihat kemaskini untuk cip pemprosesan baharu, serta pelbagai fungsi audio yang dikemaskini pada AirPods Max.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply