Pemenang emas 200m, Tan Teck See, menjelaskan dirinya bukan sebarang “teksi” kerana kelibat dia menggamatkan suasana Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN) dalam kategori usia 70 hingga 79 tahun Kejohanan KSB Masters Games 2024.
Dengan ketinggian 41cm, dia yang berusia 71 tahun membawa bekalan semangat buat semua peserta yang mengambil bahagian tahun ini.
Walaupun dia mengakui ketika jarak 200 meter terakhir dia hampir berputus asa, namun sorakan peserta yang memberikan semangat membuatkan dia memutuskan untuk menghabiskan lariannya.
“Saya sangat gembira, kerana malam tadi saya mempunyai sesi makan bersama keluarga membuatkan perut saya kenyang. Ketika berlari saya berfikir untuk berhenti tetapi sokongan orang sekeliling membantu untuk untuk menamatkan lariah hingga penghujung,” katanya.
Dalam pada itu, bekas atlet olahraga 200 meter kebangsaan, P.Murugan mengakui teruja dapat mengimbau semula tempat latihannya 20 tahun lalu.
Malah, Murugan turut berjaya memastikan tempat pertama menjadi miliknya dalam kategori 200m kategori usia 40 hingga 49 tahun.
“Saya jurulatih perlu berdisiplin, sebagai atlet disiplin perlu kerana tanpa itu kita tidak boleh pergi jauh. Jadi kerana itu walaupun sudah 20 tahun saya masih berlatih.” tambahnya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.