JOHOR BAHRU – Polis menahan empat individu kerana dipercayai memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk pada awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, operasi di Jalan Persiaran Desa Tebrau dan Jalan Eco Cascadia 6, Setia Indah itu bermula jam 1 pagi.
“Semua pemandu lelaki berusia 22 hingga 41 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Semua suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan akan didakwa di mahkamah,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut beliau, dalam operasi itu, sebanyak 90 kenderaan diperiksa dengan 25 saman dikeluarkan membabitkan 38 kesalahan.
Katanya, antara kesalahan dikesan termasuk tiada lesen memandu, nombor plat tidak mengikut spesifikasi dan ubah suai ekzos.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.