EPL: Biar saya buat cara tersendiri, tidak perlu tunding jari — Ruben Amorim

‘Saya akan buat dengan cara saya’ — Ruben Amorim menegaskan sedang dalam fasa perlaksanaan strategi tersendiri menjelang perlawanan pertamanya selaku jurulatih baru Manchester United berdepan Ipswich Town dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam ini.

Bekas pengendali Sporting CP itu tidak mahu menyalahkan barisan kejurulatihan yang lalu atas prestasi yang mengecewakan sebaliknya hanya tertumpu apa yang berlaku di depan.

“Saya tidak mahu menunding jari kepada pengurus sebelum ini kerana ia membuang masa. Pihak pengurusan memilih saya kerana mereka melihat sesuatu dalam diri saya.

 

“Saya akan lalukan dengan cara saya sendiri dan memainkan sistem bola sepak yang baru. Kami akan berjaya!

“Banyak yang perlu ditambah baik. Sebagai jurulatih, saya harus menjadi sesuatu yang sukar didapati dan saya sudah bersedia,” katanya kepada media antarabangsa.

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply