Sudah Tercatat Rezeki Nur Zahira, Erat Silaturrahim Tradisi Cabutan Bertuah Dalam Hargai Pelanggan Setia

Mulanya Nur Zahira Zahir tercari-cari syarikat umrah yang boleh dipercayai untuk menunaikan umrah bersama keluarganya pada tahun hadapan. Mungkin sudah tercatat rezekinya, Nur Zahira memenangi cabutan bertuah anjuran Nuh Travel & Tours Sdn. Bhd.

Sempena majlis ini, Nur Zahira merupakan antara 30 orang pelanggan setia yang menerima hadiah cabutan bertuah sempena majlis Tea, Treats & Treasures bagi menghargai pelanggan-pelanggan yang membuat pendaftaran pakej bermula Jun hingga Oktober 2024.

Sudah Tercatat Rezeki Nur Zahira

“Memang tak sangka, baru saja daftar dengan agensi ini nama saya dipanggil untuk menghadiri majlis yang mereka anjurkan. Mungkin dah rezeki saya, menang pula cabutan bertuah. Jadi tak sia-sia saya datang pada hari ini. Saya tengok syarikat ini memang sudah lama beroperasi dan turut menawarkan servis yang terbaik seperti yang saya dengar.

“Mana tahu, mungkin lepas ambil pakej umrah, saya ambil pakej melancong ke Eropah bersama keluarga pula. Saya tengok harga yang mereka tawarkan cukup berbaloi, kata Nur Zahira.

Mahu Cipta Detik Terindah

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Nuh Travel & Tours Sdn. Bhd.,Mohammad Adam Jalalel Din yang ditemui selepas majlis tersebut berkata, majlis cabutan bertuah ini adalah kali kedua yang mereka anjurkan.

“Sebelum ini hadiah cabutan bertuah pertama dibuat secara dalam talian untuk pelanggan dan kali ini kami buat secara bersemuka pula. Nampaknya ada sambutan positif dan baik dari pelanggan, itu sebabnya kami buat kali kedua berdasarkan pendaftaran hampir 1000 orang yang mendaftar dari Jun hingga Oktober 2024.

“Dulu hadiah ditawarkan antara RM5,000 ke RM7,000 sahaja. Kali kedua ini sebanyak 30 hadiah disediakan melibatkan bajet RM15,000 dimana pemenang utama telah membawa pulang gold bar manakala hadiah kedua berupa sebuah `bag air wheel’.

“Kami beri sedikit saguhati begini bagi menghargai pelanggan dan untuk  mengeratkan silaturrahim antara pihak Nuh Travel dengan pelanggan. Selalunya kami berurusan secara online dan tak pernah berjumpa. Secara tidak langsung majlis sebegini dapat mengeratkan silaturrahim antara kami.”

Adam menambah, cabutan bertuah kali ketiga pula akan diadakan pada Mei 2025 untuk peserta yang berdaftar dari November 2024 hingga April 2025.

“Kami pilih bulan Mei sebab menunggu pendaftaran baru masa MATTA Fair nanti pada bulan April tahun depan. Kali ini pendaftaran berbayar layak menyertai cabutan bertuah ke-3, sebanyak 30 hadiah ditawarkan dengan nilainya antara RM20,000 hinggga ke RM30,000.

“Hadiah utama dan kedua berpeluang mendapat pakej umrah dan pakej pelancongan ke Turki secara percuma. Manakala 28 hadiah sampingan lain turut disediakan,” ungkap Adam.

Dalam majlis tersebut, Adam juga turut mengumumkan Nuh Travel & Tours Sdn. Bhd.,tahun depan mereka menyasarkan seramai 6,000 peserta dimana 4500 untuk penerbangan lawatan (tour) dan 1500 pula untuk peserta umrah.

Melalui kerjasama strategik bersama Emirates dan Saudia serta Dubai Tourism yang dimeterai Ogos lalu, Nuh Travel & Tours Sdn. Bhd. yang beroperasi sejak 2019 bakal memulakan penerbangan umrah pertamanya pada 2 November ini. Iaitu Pakej Umrah Ziarah Dubai bersama penerbangan Emirates turut disertai 30 orang jemaah bersama Imam Muda Hassan.

Manakala penerbangan kedua bersama Saudia pula pada 6 Disember pula iaitu Pakej Umrah Ziarah Turki bersama Imam Muda Hassan juga. Tahun depan juga mereka bakal memperkenalkan Pakej Umrah Ziarah Switzerland.  Jelas Adam lagi, kini kami bergerak kearah untuk dipercayai dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Itu sebab tagline kami `Creating Moments’, dimana kami mahu mencipta detik terindah bagi setiap pelanggan-pelanggan untuk menikmati percutian atau umrah ziarah yang berkualiti dengan harga pada mampu beli.”

“Ada 60 pakej yang kami ada dan antara pakej pelancongan yang mendapat sambutan hangat adalah Pakej 6 Negara meliputi London, Paris, Brussels, Amsterdam, Frankfurt dan Zurich. Dalam sebulan hot selling tour ini ada dua penerbangan melibatkan lebih kurang 60 peserta. Waktu peak time pula sehingga lima hingga enam grup, membabitkan 250 ke 300 orang.

“Pakej paling pendek kebanyakan melancong ke negara-negara ASEAN hanya 4 hari 3 malam iaitu Jakarta -Bandung dan Ho Chi Minh-Dalat. Selepas ini banyak lagi pakej pelancongan baharu yang akan kami lancarkan iaitu Swiss Milan Bliss, Pakej ke Scotland dan Pakej South Afrika. Trip ke West Coast USA, Pakej Spain-Morrocco –Portugal, termasuk ke Amerika Syarikat serta pakej Lapland Special Scandinavian. Tawaran Pakej Kembara Dubai- Abu Dhabi Fun n Family di negara yang mempunyai taman tema untuk kanak-kanak. Ini antara pakej-pakej baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.”

Menurut Adam lagi, pertengahan 2024 beliau melihat berlakunya peningkatan yang lebih positif dan lebih baik bagi industri pelancongan di Malaysia.

Nuh Travels & Tours Sdn Bhd yang beroperasi di Damansara Perdana bakal membuka cawangan baru di seluruh negeri dengan cawangan pertama telah dibuka di Johor Baharu pada 9 November termasuk cawangan di Simpang Renggam. Diikuti Kelantan dan Pulau Pinang termasuk cawangan-cawangan di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak dalam masa tiga hingga lima tahun.

Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply