Final Masters China: Pang Ron-Su Yin nekad beri aksi terbaik berdepan wakil tuan rumah

Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin, berasa seakan tidak percaya selepas mara ke pentas akhir Kejohanan Badminton Masters China selepas menyingkirkan lawan dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, dalam tempoh 1 jam 5 minit di Shenzen, China, hari ini.

Mereka akan meneruskan cabaran berdepan pilihan pertama kejohanan yang turut mewakili tuan rumah, Huang Dongping-Feng Yan Zhe, dalam aksi final bagi merebut kejuaraan berstatus Super 750 pertama mereka, esok.

Pang Ron turut mengakui mereka turun sabagai pasukan ‘underdog’ berdepan pasangan beregu di kedudukan  kedua dunia itu dengan menjelaskan sentiasa memberikan motivasi kepada satu sama lain merupakan antara resepi mereka berjaya mara ke final pertama mereka tahun ini.

 

“Saya seakan tidak percaya, saya rasa ini adalah final pertama buat saya selepas beberapa kali bertukar pasangan beregu. Saya gembira dengan Cheng Su Yin.

“Kami turun sebagai pasukan ‘underdog’, kami mahu berikan dan persembahkan kepada penyokong aksi terbaik esok. Kami saling menyokong satu sama lain, dan sentiasa memberikan motivasi kepada satu sama lain.

“Ini laman mereka, mereka sangat kuat, tetapi kami perlu belajar lagi dan berharap dapat beraksi dengan baik esok.” kata Hoo Pang Ron.
 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply