Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk – “Saya Mahu Peminat Benar-Benar…”

Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.

Aina berkata, keputusan itu dibuat bagi memberikan keselesaan dan suasana eksklusif untuk para peminat.

“Konsep ini lebih dekat dengan jiwa saya selain mahu peminat benar-benar mendengar, merasai dan menghayati setiap lagu yang dibawakan.

“Saya berharap dengan perubahan yang dibuat menambah keterujaan kepada peminat serta penonton untuk menyaksikan persembahan demi persembahan yang bakal ditampilkan,” katanya.

BERITA TRENDING: Lebar Sayap Ke Indonesia, Aina Abdul Tidak Mengalah

Dalam masa sama, Aina turut mengumumkan potongan eksklusif sebanyak 30 peratus untuk tiket di semua kategori bagi memberikan peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyaksikan persembahannya.

Tawaran itu termasuk untuk dua lokasi lain yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 14 Disember ini dan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 11 Januari depan.

“Saya berharap tawaran ini akan membuka peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyaksikan setiap detik persembahan saya,” katanya. 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @altus_prohouse

Bagi lokasi di Zepp KL harga tiket akan dijual bermula dengan harga RM288 sehingga RM6666 bagi VIP Box.

Untuk harga tiket di UMS dan UUM pula bermula daripada RM100 (CAT 2), RM150 (CAT 1) dan RM180 (IMAJI Zone).

Tiket boleh dibeli di laman rasmi www.ticket2u.com.my atau membuat pembayaran dengan menggunakan sistem Buy Now Pay Later seperti Atome dan SPayLater.

BERITA TRENDING: Aina Abdul Lengkapkan IMAJI dengan Versi Deluxe, Tambah Tiga Lagu Baru

BERITA TRENDING: Hadapi Kesukaran Anjurkan Konsert Jelajah, Aina Abdul Tidak Mengalah – “Bukan Nak Cakap Saya Tidak Bernasib Baik Tapi…”

BERITA TRENDING: Bukan Biasa-Biasa! Minggu Orientasi UNIMAS Dimeriahkan Dengan Persembahan Aina Abdul


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply