Unifi Piala Malaysia: Sony Norde hadiahkan bekalan terakhir buat Kedah Darul Aman

KDA 3 KL CITY 2 

Lima jaringan dihasilkan di Alor Setar yang menyaksikan Kedah Darul Aman merekodkan kemenangan 3-2 keatas Kuala Lumpur (KL) City, sebentar tadi. 

Bermula tanpa pemain utama seperti penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim, dan penyerang, Syafiq Ahmad, ia hanya memberi kelebihan tipis untuk dibawa ke aksi timbal balik pusingan 16 Piala Malaysia di Cheras, Ahad depan.

Semangat jersi ketiga yang baru dilancarkan pada sebelah petang membawa aura berbeza, setidak-tidak buat pemain import tuan rumah, Sony Norde, yang bakal menjadi hadiah perpisahan sebelum berkelana ke kelab Indonesia.

Bagaimanapun, anak buah Nafuzi Zain itu tersentak dengan jaringan awal skuad Warga Kota selepas Ryan Lambert melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti pada minit ke-13.

Kelebihan itu dipadamkan Sang Kenari dengan bukan satu tetapi dua jaringan Sony Norde bermula dengan ledakan juga dari luar kotak penalti pada minit ke-27 disusuli satu lagi penyudah, tiga minit kemudian. 

Skuad Hijau Kuning bertambah selesa dalam babak kedua apabila seorang lagi tonggak, Sukhrob Nurullaev, menyudahkan satu peluang terhidang pada minit 69.

Mujur kedah memegang kelebihan 3-1 kerana 5 minit kemudian, import berusia 25 tahun dari Bosnia Herzegovina, Jovan Motika, menjaringkan merapatkan jurang buat 2-3 KL City.

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply